Monday 13 February 2017

UTAMA

SELAMAT DATANG KE BLOG SYAMILHOMESTAY IPOH


Syamil Homestay bertempat Ipoh, Perak, 20 minit dari laluan keluar Simpang Pulai dari lebuhraya ke arah utara. Beralamat di nombor 17, Laluan Sri Ampang 12A, Taman Sri Ampang, 31350 Ipoh, Perak.

Kesudian semua tetamu untuk menginap di Syamil Homestay amat dialu-alukan. Berada di kawasan perumahan rumah teres dua tingkat yang tenang dan aman. 

Sesuai untuk majlis bertandang, bercuti bersama ahli keluarga dihujung minggu untuk ke Cameron Highland atau ke Tambun Lost World. Terbuka kepada orang Muslim sahaja.



HALAMAN DEPAN


Keceriaan warna kehijauan mengalu-alukan kedatangan tetamu.

Ruang pintu masuk ke Syamil Homestay, boleh memuatkan dua buah kereta.

RUANG TAMU




Ruang tamu dilengkapi dengan TV berukuran 42", sofa, karpet, cermin dan sofa tambahan.

BILIK TIDUR



Bilik tidur utama,luas dan selesa di tingkat atas, dilengkapi dengan pendingin hawa, almari pakaian, cermin, rak penyidai tuala, rak untuk menggosok pakaian dan bilik air persendirian.



Bilik tidur kedua juga dilengkapi dengan penghawa dingin, almari pakaian cermin dan bilik air dikongsi dengan bilik bujang.



Bilik bujang dilengkapi dengan almari pakaian, cermin dan rak penyidai tuala/pakaian.




Bilik bujang di tingkat bawah dilengkapi dengan kipas dinding dan rak tuala/pakaian.

No comments:

Post a Comment